NAK BERNIAGA BULAN PUASA INI? Ketahui kenapa penyakit Tifoid ini BAHAYA!

Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Ketua Sektor Penyakit Cegahan Vaksin /Bawaan Makanan dan Air, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM, Dr Mohd Hanif Zailani, tifoid atau demam kepialu adalah sejenis penyakit berjangkit boleh mengancam nyawa disebabkan oleh bakteria ‘Salmonella typhi’ dan biasanya merebak melalui makanan dan minuman tercemar.

“Gejala demam tifoid tidak berlaku serta-merta. Ia biasanya mengambil tempoh satu atau dua minggu selepas seseorang dijangkiti.

“Demam panas berpanjangan, badan lemah dan lesu, sakit perut, sembelit atau cirit-birit, dan kadangkala ruam seperti bintik merah yang rata pada bahagian atas badan, antara gejala dikaitkan dengan demam tifoid,” katanya.

Bagi kes yang parah, demam tifoid boleh menyebabkan kebocoran usus dan pendarahan gastrousus, selain keradangan hati, pundi hempedu, jantung, otak dan radang paru-paru sehingga berisiko maut.”Disebabkan ini demam tifoid tidak boleh diambil mudah dan harus diberi rawatan awal untuk mengelakkan kesan teruk berlaku akibat penyakit ini,” tegasnya.

Beliau berkata, demam tifoid mudah menular dan boleh menyebabkan wabak dan dicegah melalui peningkatan sanitasi, pengendalian makanan dan minuman yang selamat serta pengambilan vaksinasi tifoid.”

Suntikan vaksin tifoid digalakkan diambil sekurang-kurangnya dua minggu sebelum membuka gerai untuk mencegah jangkitan dan seterusnya penularan demam tifoid.

“Imuniti diperoleh daripada vaksinasi tifoid akan berkurangan dari semasa ke semasa. Anda dikehendaki mendapatkan dos penggalak vaksin tifoid setiap dua tahun.

“Oleh itu, pengendali makanan harus mengambil dos penggalak vaksin tifoid.

“Jadi, pastikan menjadualkan vaksin secepat mungkin. Vaksinasi tifoid boleh didapati di kebanyakan klinik dan hospital swasta serta beberapa majlis perbandaran tempatan,” katanya.

Penggunaan vaksin ini telah terbukti mampu mencegah demam kepialu dari terus merebak di banyak negara termasuk Malaysia !
.
Dapatkan suntikan TIFOID anda di Klinik As-Salam:
✅Harga berpatutan
✅Sah selama tiga tahun
✅Percuma kad suntikan typhoid
✅Boleh walk-in ke mana-mana cawangan Klinik As-Salam
Sebarang persoalan atau pertanyaan tentang kesihatan dan vaksin boleh hubungi nombor yang tertera di bawah:
☎️ 012-4140969
Scroll to Top