Klinik As-Salam

Search
Close this search box.

Diabetis: Dah Terkena, Baru Nak Bertindak?

Pada masa kini, ramai orang di Malaysia mengamalkan mentaliti bahawa diabetes terjadi akibat daripada mengambil mudah sesuatu perkara iaitu dari segi pemakanan.

Menurut Prof. Dr. Norlaila Mustafa, Timbalan Dekan (Siswazah), Fakulti Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz,, majoriti rakyat Malaysia sedar tentang diabetes tetapi tidak menganggapnya sebagai isu yang teruk.

Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, kira-kira 3.9 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, atau satu daripada lima orang dewasa, menghidap diabetes.

“Majoriti penduduk sedar tentang faktor risiko diabetes, seperti obesiti, tidak aktif, diet gula tinggi, dan sejarah keluarga, tetapi tidak semua orang mahu mendapatkan rawatan dan tindakan yang sepatutnya.”

“Ini termasuk orang yang berisiko lebih tinggi tetapi enggan dinilai kerana mereka mempunyai ibu bapa yang menghidap diabetes atau yang bergelut dengan berat badan mereka.

“Seperkara lagi ialah masyarakat umum beranggapan gula adalah satu-satunya makanan yang menyebabkan diabetes, tetapi pada hakikatnya semua yang kita makan akan bertukar menjadi gula. Paras gula dalam badan akan meningkat jika kita mengambil nasi, mee goreng, roti canai berlebihan, dan nasi lemak setiap hari dan tidak melakukan aktiviti fizikal.”

“Pesakit hanya akan mengalami simptom seperti kerap membuang air kecil, keletihan dan penurunan berat badan apabila paras gula meningkat dengan cepat. Namun begitu, disebabkan oleh cara kita makan di Malaysia, di mana gula adalah makanan ruji, badan telah terbiasa dengan paras gula yang tinggi, membuatkan kita tidak berasa apa-apa.”

Mencegah lebih baik dari mengubati.
Bagi yang berhasrat untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan saringan lanjut mengenai tahap diabetes anda, anda boleh memilih Pakej Wellness daripada Klinik As-Salam.

Doktor kami akan membantu, memberi konsultasi dan langkah seterusnya dalam membantu anda menangani masalah diabetes. Mungkin bukan untuk kita, boleh juga hadiahkan pakej ini kepada ahli keluarga, orang tersayang mahupun kenalan di sekeliling kita.

Sebarang tempahan untuk pakej wellness:
https://book.kliniksalam.com/customer

Maklumat lanjut mengenai Klinik As-Salam:
https://kliniksalam.com/

#ertihiduppadamemberi #klinikassalam #wellness

Scroll to Top