Klinik As-Salam

Klinik Obstetrik dan Ginekologi

Apa itu O&G atau OBGYN? Ia juga dikenali sebagai Obstetrik & Ginekologi (O&G) ialah bidang perubatan yang merangkumi dua subkepakaran berasingan, obstetric dan ginekologi.

Subkepakaran Obstetrik melibatkan rawatan dan penjagaan wanita semasa mengandung, proses kelahiran,dan selepas bersalin. Obstetrik melibatkan wanita hamil, bersalin, dan tempoh selepas bersalin. Ini termasuk pemeriksaan bayi, pemantauan pertumbuhan kehamilan, dan sokongan selepas bersalin.

Ginekologi melibatkan penjagaan kesihatan reproduktif Wanita, termasuk masalah haid, benign tumor, dan kanser organ pembiakan.

Perkhidmatan Obstertrik & Ginekologi yang komprehensif sedia ada di cawangan Klinik As-Salam Kajang (Putra Kajang). Kami berdedikasi untuk menyediakan rawatan yang selamat, profesional, dan mampu milik untuk semua aspek kesihatan wanita, daripada perancangan keluarga hingga sokongan kesuburan.

Semua perkhidmatan kami dikendalikan oleh doktor pakar yang berpengalaman di dalam persekitaran klinik yang berdaftar dan patuh KKM. Kami adalah pilihan utama untuk penjagaan wanita yang dipercayai.

Bilakah Anda Perlu Mendapatkan Rawatan? 

  1. Jika ingin menjalani pemeriksaan ginekologi tahunan.
  2. Jika ingin mendapatkan kaunseling/penilaian pra-kehamilan.
  3.  Jika ingin menerima penjagaan antenatal/semasa kehamilan.
  4. Jika ingin menerima penjagaan selepas bersalin.
  5. Jika ingin mendapatkan nasihat tentang penyusuan susu ibu.
  6. Jika ingin dalam perancangan keluarga dan pencegah kehamilan
  7. Jika haid tidar teratur.
  8. Jika haid yang lama/atau lebih 10 hari.
  9. Jika senggugut yang sangat menyakitkan.
  10. Jika ingin menjalani saringan kanser serviks.
  11. Jika ingin menangani masalah menopaus.
  12. Jika ingin merawat masalah buang air kecil.

Apa yang termasuk dalam Pakej Perkhidmatan O&G?

Kami menawarkan pelbagai pilihan rawatan untuk membantu pasangan yang sedang merancang kehamilan.

Perkhidmatan Butiran Termasuk Harga
Saringan Asas Kesuburan Analisis Sperma, Ultrasound Pelvis & Ujian Darah Hormon Asas. RM599
Penilaian Premium Kesuburan Saringan Asas DITAMBAH ujian HyCoSy (pemeriksaan tiub fallopio). RM1299
Pakej Rawatan IUI Ultrasound, Analisis Sperma, Prosedur IUI & Ubat-ubatan diperlukan. RM1699 (Bayaran ansuran 3x: RM567)
Analisis Sperma Sahaja Penilaian kualiti sperma (temujanji diperlukan). RM198
Ujian HyCoSy Sahaja Pemeriksaan terperinci untuk saluran tiub fallopio. RM899

Selepas Rawatan Obstetrik & Penjagaan

Kami menyediakan penjagaan obstetrik yang teliti dari awal hingga akhir kehamilan.

  • Pemeriksaan Bulanan Kehamilan & Ultrasound: Dapatkan pemeriksaan berkala dan Ultrasound oleh Pakar (2D scan, Doppler, ‘detail’ scan, dan kembar) dari RM100-RM450.

  • Pengurusan Kehamilan Berisiko (IUGR): Pakej Bayi Kecil (IUGR) termasuk scan dan ujian darah TORCHES dengan harga RM599.

  • Pengesanan Ovulasi: Perkhidmatan Follicular Tracking pada harga RM65 untuk perancangan.

  • Ujian Genetik Lanjutan (NIPT): Saringan genetik janin bukan invasif untuk mengesan risiko awal:

    • NIPT Basic (20 gen) – RM1299

    • NIPT Premium (60 gen) – RM1399

Ginekologi & Perancangan Keluarga

Pakar Ginekologi kami bersedia membantu dalam perancangan dan isu kesihatan wanita.

Maklumat Terlanjut – Perancangan Keluarga 

Kenapa Pilih Klinik As-Salam untuk Perkhidmatan O&G Anda?

Apabila mencari Obstetrik dan Ginekologi, pilihan anda harus berdasarkan kepercayaan, kualiti, dan kemampuan.

  1. Doktor O&G Berpengalaman: Pasukan kami terdiri daripada Pakar Sakit Puan yang berdedikasi dan terlatih.

  2. Mampu Milik & Fleksibel: Kami menawarkan pakej mampu milik dan pilihan bayaran ansuran (untuk pakej IUI) bagi meringankan beban pesakit.

  3. Standard KKM: Klinik kami Berdaftar & Patuh KKM, memastikan anda menerima rawatan yang selamat dan mengikut garis panduan kesihatan terkini.

  4. Persekitaran Mesra Pesakit: Nikmati rawatan dalam persekitaran yang bersih, moden, dan privasi terjaga.

Jangan biarkan keraguan atau isu kos menghalang anda daripada mendapatkan perkhidmatan O&G pakar yang diperlukan. Kami telah menyediakannya dengan telus dan mampu milik—daripada Pakej IUI yang berbayar ansuran, kepada pemeriksaan kehamilan yang lengkap, sehinggalah perkhidmatan perancang keluarga. Ambil langkah berani hari ini!

Untuk temujanji atau maklumat lanjut, 

Scroll to Top