DISANGKA BENGKAK SUSU, RUPANYA KANSER PAYUDARA. -PUAN NINA-

Seperti kebiasaan selepas kelahiran anak, kita akan mengalami bengkak susu. Cuma kali ni Nina rasa lain, sebab selain bengkak payudara Nina rasa sakit dan anak tak nak menyusu di bahagian yang sakit tu.

Dan ia membengkak berbulan-bulan dah. Dia punya sakit Allah saje yang tahu. Anak pula menangis tak nak menyusu, Nina risau sangat.

Lepas merujuk dengan beberapa kawan, mereka kata eloklah jumpa doktor dan buat check up. Nina pergi jumpa doktor dan doktor scan. Lepas dapat result doktor bagitahu Nina… Nina disahkan menghidap kanser payudara.

Mengalir air mata Nina bila dapat tahu dari doktor. Rupanya selama ni baby Nina tak menyusu dekat bahagian sakit tu adalah sign ada sesuatu tak kena selain bengkak.

Kalau Nina tahu dah tentu Nina awal-awal dah jumpa doktor dan scan agar kanser tu tak merebak teruk.

Para wanita tidak kira sama ada yang telah berkahwin atau bujang, dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor dan membuat scan payudara sekiranya perlu.

.

Tak semestinya scan payudara je, scan dan lakukan juga pemeriksaan di bahagian yang lain juga.

Hubungi Careline Klinik As-Salam 03-9078 3030 untuk sebarang pertanyaan.

#klinikassalam #ertihiduppadamemberi #breastscan

Scroll to Top